Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto QURRATU AINI,13 SEPTEMBER 2023.

GUA MUSANG – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa calon Barisan Nasional (BN) menang di enam pusat daerah mengundi (PDM).

Menurut Asyraf Wajdi, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mendahului 1,852 undi meninggalkan calon Perikatan Nasional dari Pas, Mohd Rizwadi Ismail yang mendapat 282 undi.

Enam PDM yang dimenangi calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah:

PDM Tohoi
BN: 330
Pas: 28
(BN menang majoriti 302)

PDM Sungai Puian
BN: 305
Pas: 5
(BN menang majoriti 300)

PDM Sungai Jenera
BN: 440
Pas: 88
(BN menang majoriti 352)

PDM Kuala Sungai
BN: 154
Pas: 105
(BN menang majoriti 49)

PDM Pos Simpor
BN: 325
Pas: 18
(BN menang majoriti 307)

PDM Sungai Wias
BN: 298
Pas: 38
(BN menang majoriti 260)

Terdahulu, sebanyak 20 pusat pengundian bagi PRK Nenggiri dibuka serentak pada jam 8 pagi ini.

Daripada jumlah pusat pengundian itu, 14 pusat pengundian dibuka sehingga  6 petang dan enam pusat pengundian ditutup lebih awal.

Empat pusat mengundi ditutup  2 petang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai.

Manakala dua lagi ditutup 3 petang iaitu Dewan Orang Ramai Pos Simpor dan SK Pulat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, sejumlah 71.87 peratus pengundi DUN Neggiri telah menunaikan tanggungjawab setakat pukul 4 petang berbanding 61 peratus pada PRN Kelantan yang berlangsung pada Ogos tahun lepas.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast