KUALA LUMPUR – Tiada ada sebab mengapa UMNO tidak oleh berbangga dengan kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, bangga bukan angkuh tapi membakar semangat untuk bangkit.

Ia kerana, PRK Nenggiri adalah kerusi pertama kerusi parti penyandang berjaya dirampas. Apatah lagi UMNO rampas kerusi Pas lawan tradisinya dalam politik. Buku bertemu ruas.

“Sebelum ini yang menang di semua PRK ialah penyandang. Pulai dan Simpang Jeram (PAN), Kuala Kubu Baru (DAP) Kemaman (Pas) dan Sungai Bakap (Pas),” katanya dalam hantaran di Facebook.

Jelasnya, kemenangan di negeri totok Pas selama 34 tahun yang taksub dengan fatwa politik ekstrem memang cukup manis buat UMNO, sekali gus menunjukkan Melayu masih sokong UMNO.

Selain itu, tegas Puad, kemenangan di PRK Nenggiri turut memberi mesej kepada perdana menteri supaya UMNO dilayan sebagai rakan strategik kerana UMNO penyumbang besar meraih sokongan Melayu.

“Dua momokan politik gagal di Nenggiri. Propaganda UMDAP dan memburukkan imej Zahid. Zahid tujuh kali datang berkempen. Utusan Malaysia malu kerana main isu ini.

“Tetapi Hadi lagi malu kerana tuduh UMNO nyanyuk. Kalau UMNO nyanyuk, pengundi Nenggiri lagi nyanyuk pilih BN. Tetapi Nenggiri tidak nyanyuk. “Ikut aku lah, undi aku”,” ujar beliau.

Semalam, calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani diumumkan secara rasmi menang PRKDewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri selepas menewaskan calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail.

Mohd Azmawi Fikri menang dengan 9,091 undi manakala pencabarnya, Mohd Rizwadi yang meraih 5,739 undi sekali gus menyaksikan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan itu menang dengan majoriti 3,352 undi. – MalaysiaGazette