Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Nenggiri semalam  membuktikan rakyat Kelantan menerima kesepakatan yang terhasil menerusi gabungan Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan ini juga adalah penzahiran kepercayaan rakyat yang semakin menyesuaikan diri dengan gelombang perubahan di bawah Kerajaan Madani, selaras dengan petanda lonjakan ekonomi negara yang kian mekar sejak akhir-akhir ini.

“Alhamdulillah, tahniah saudara Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Barisan Nasional atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil Nenggiri semalam.

“Insya-Allah, kemenangan ini menjadi suntikan moral untuk Kerajaan MADANI tekal dalam usaha memelihara kebajikan rakyat dan menjulang kemakmuran negara ke tingkat tertinggi,” katanya dalam hantaran di Facebook.

 

PRK Nenggiri: Keputusan rasmi BN menang dengan 9,091 undi