Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang pekebun wanita mengalami kerugian RM117,289 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud digelar Cyptocurrency di sini.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Nor Hisam Nordin berkata, mangsa berusia 36 tahun itu terpedaya dengan pelaburan terbabit melalui aplikasi Telegram pada 14 Ogos lalu.

Nor Hisam berkata, berdasarkan laporan polis dibuat semalam, mangsa yang berminat menyertai pelaburan itu dan mendaftar dalam sistem yang diberikan suspek.

“Mangsa mula melabur sejumlah RM110 dan menerima pulangan berjumlah RM145. Dengan keuntungan itu, mangsa mula percaya dan meneruskan pelaburan dengan melakukan 27 transaksi kepada 20 akaun yang diberikan oleh suspek.

“Dalam tempoh tiga hari dari tarikh pelaburan, wang simpanan mangsa telah lesap sehingga mengalami kerugian berjumlah RM117,289,’’ katanya menerusi kenyatan hari ini

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis bantuan kena tipu sindiket jual kereta di Telegram