Simptom cacar monyet. Foto thewatchdog.news

MANILA – Kes baharu cacar monyet telah dikesan di Filipina, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 10, kata Jabatan Kesihatan (DOH) negara ini.

DOH berkata, kes yang baharu direkodkan itu, yang pertama tahun ini.

“Kes itu melibatkan seorang lelaki warga Filipina berusia 33 tahun tanpa sejarah perjalanan ke luar Filipina tetapi mempunyai hubungan rapat dan intim tiga minggu sebelum gejala timbul,” kata DOH dalam satu kenyataan.

Kes terakhir direkodkan di negara ini ialah pada Disember 2023.

Semua kes sebelum ini telah diasingkan, dijaga dan telah pulih, kata jabatan itu. – Agensi