KUALA LUMPUR –  Langkawi Travel Fair yang berlangsung di Datum Jelatek Shopping Centre baru-baru ini berjaya menghimpunkan pemain industri pelancongan terdiri daripada pemilik produk, agensi pelancongan dan pengendali hotel.

Tampil dengan hashtag #LangkawiMurah #CuticutiMalaysia #NaturallyLangkawi dan #ExploreLangkawi, pameran selama tiga hari itu membariskan 32 pempamer yang bergiat aktif dalam sektor pelancongan.

Pameran tersebut juga mahu menepis tanggapan kononnya Langkawi adalah destinasi pelancongan mahal dengan sasaran jualan sebanyak RM11 Juta.

Langkawi Travel Fair anjuran Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) dengan kerjasama DatumCorp International turut mendapat sokongan Tourism Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) juga mahu mencapai sasaran 3 juta pelancong ke pulau legenda itu sehingga akhir tahun ini.

Menariknya, Langkawi Travel Fair disertai pemilik hotel tiga bincang yang menawarkan pelbagai tarikan selain potongan 10 hingga 40 peratus yang dinikmati oleh para pengunjung. Setiap tawaran sah sehingga Februari tahun depan sempena Tahun Melawat Kedah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast