Bangunan Kompleks Mahkamah Kajang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 15 JULAI 2022.

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Kajang telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Orang Kena Saman (OKS) dalam kes dera anjing Husky yang dilaporkan berlaku di Kondominium Landmark Residence 1, Kajang.

Waran itu dikeluarkan selepas OKS gagal hadir ke mahkamah bagi mendengar pertuduhan terhadap kes berkenaan dan hanya diwakili oleh peguamnya, kata Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan baharu pada jam 9 pagi, 30 Ogos 2024.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini sehingga kes ini selesai dibicarakan dan mendapat keputusan mahkamah. – MalaysiaGazette

DVS siasat aduan kes dera anjing Husky