Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui ketika menziarahi jenazah Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (JPM) Rozaid Abdul Rahman berkata, secara peribadi pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang cukup besar kerana beliau sudah menganggap arwah sebagai sahabat dan ahli keluarga memandangkan mereka telah berkenalan sejak sekian lama.