isu 3R kerajaan tebuk atap
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengheret nama Yang di- Pertuan Agong ke 16 semasa berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri baru-baru ni dianggap keterlaluan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi berkata, bekas Perdana Menteri itu wajar meminta maaf secara terbuka dan tindakan tegas mesti diambil.

“Kini ada 28 aduan polis dibuat terhadapnya,” kata Puad dalam kenyataan.

Menurutnya, jika diteliti rakaman yang tular, ia mengandungi tuduhan yang serius seolah-olah Agong tidak berlaku adil.

Menurut beliau, ucapan Muhyiddin; “Tetapi entah macam mana YDP Agong waktu itu tidak ajak jemput saya ke Istana untuk angkat sumpah” amat jelas berbaur hasutan.

Apatah lagi ia dibuat secara terbuka dan dalam kempen politik, katanya.

“Lima hari sudah berlalu. Muhyiddin membisu dan tidak mohon ampun. Sesuaikah dia jadi PM semula?” soalnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Betul ke kalau ikut hukum hudud orang yang bercakap bohong atau pemfitnah lidahnya akan di potong di khalayak ramai. Kalau ye kes Muhyidin macam mana? PAS boleh jawab.

Comments are closed.