Dua remaja berusia 14 dan 17 tahun yang melakukan aksi wheelie antara ditahan dalam Op Samseng Jalanan dan Op Motosikal di Jalan Lebuh Ismail Sultan dan Lebuhraya LinKedua di sini pada Sabtu dan Ahad lalu.

ISKANDAR PUTERI – Dua remaja berusia 14 dan 17 tahun yang melakukan aksi wheelie antara ditahan dalam Op Samseng Jalanan dan Op Motosikal di Jalan Lebuh Ismail Sultan dan Lebuhraya LinKedua di sini pada Sabtu dan Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, perbuatan mengangkat tayar hadapan motosikal itu merupakan satu daripada beberapa kesalahan yang dilakukan namun kedua-duanya berjaya dicekup dalam operasi selama dua hari tersebut.

Menurutnya, pada masa sama, polis mengeluarkan 314 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas serta menyita 97 buah motosikal.

Antara kesalahan lalu lintas dan sitaan motosikal yang dibuat di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 adalah kerana melakukan ubah suai struktur kenderaan seperti pada ekzos, nombor pendaftaran fancy, tiada lesen memandu, tiada cermin sisi serta tiada perlindungan insuran.

“Skuad 42 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Iskandar Puteri telah menjalankan Op Samseng Jalanan dan Op Motosikal bertujuan membanteras mat rempit,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Polis mengeluarkan 314 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas serta menyita 97 buah motosikal dalam operasi selama dua hari di Iskandar Puteri, Sabtu dan Ahad lalu.

Katanya, operasi berkenaan dijalankan untuk mengambil tindakan tegas terhadap mat rempit yang masih bermaharajalela sehingga menggangu pengguna jalan raya lain.

Beliau memberitahu, sebanyak 314 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dan turut menyita 97 buah motosikal selain tangkapan mat rempit yang melakukan aksi membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya.

Terdahulu, katanya, sepanjang operasi itu, sebanyak 126 buah kenderaan dan 136 individu diperiksa.

Pada masa sama, Mohd Azlan menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya memantau pergerakan anak-anak terutamanya mereka yang keluar menggunakan motosikal.

“Ia bagi mengelakkan anak-anak muda ini terjebak dengan kegiatan samseng jalanan yang lebih berisiko untuk menyebabkan kematian.

“Operasi seumpama ini akan dilakukan secara berterusan untuk mencegah aktiviti lumba haram ini untuk memastikan ketenteraman awam terjaga,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast