ISTANBUL- Ahli perniagaan terkemuka Elon Musk pada Isnin menafikan beliau memberi pikap elektrik syarikatnya, Cybertruck kepada pemimpin wilayah Chechnya di Rusia.
“Anda serius? Anda gila apabila ingat saya dermakan Cybertruck kepada jeneral Rusia?” tulis Elon di platform X.
Sabtu lalu Kadyrov berkongsi sebuah video di Telegram yang menunjukkan beliau sedang memandu sebuah Tesla yang kelihatan sudah dilengkapi menara senapang.
Pemimpin Chenchen itu turut menzahirkan penghargaannya kepada Elon di atas pemberian itu.
“Elon, terima kasih! Jemput datang ke Grozny (ibu negara Chenchen), saya akan menerima kamu sebagai tetamu.
“Saya tidak rasa Kementerian Luar Rusia akan membantah kunjungan ini,” tulis Kadyrov di Telegram.
Mesej itu kemudiannya diterjemahkan oleh beberapa orang yang bertanyakan sama ada Elon ada memberikan Kadyrov kenderaan berkenaan.
Bagaimanapun, Kadyrov sebenarnya memuji kehebatan Cybertruck dengan memanggilnya sebagai “real beast” dan sebuah kereta yang sangat selesa yang bakal digunakan angkatan tentera Rusia di medan perang.
“Saya menzahirkan penghargaan seikhlasnya kepada Elon Musk. Ini (Cybertruck) pastinya genius terkuat pada masa ini dan adalah pakar…saya betul-betul jatuh cinta kepada kenderaan ini,” tulis Kadyrov.
Pemimpin itu dikenali sebagai seseorang yang suka bergurau dan dramatik.
Beliau sering memberikan hadiah kepada orang ramai menerusi laman Telegram.- Anadolu