Seramai 100 peserta yang mengikuti program RPEL dari pelbagai bidang diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET) kali Ke-4 tahun 2024.

KUALA LUMPUR – Seramai 100 pelajar yang mengikuti program Pengiktirafan Pengalaman Kerjaya (RPEL) dari pelbagai bidang diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET) kali Ke-4 baru-baru ini.

Institusi KLTVET yang bernaung bawah Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia (MPPM) telah berjaya melaksanakan Program Peningkatan bagi Individu Dewasa Bekerja Tanpa Sijil untuk Mendapatkan Diploma Profesional melalui RPEL.

Konvokesyen disempurnakan oleh Presiden European Education Board, Prof. Dr. Graham John Baldwin, Pengerusi KLTVET, Is Mohamed Ridzuan Mohamed Zamry, dan Ahli Majlis MPPM, Prof Log Ts. Is. Dr Othman Ibrahim di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras Ahad lepas.

Menurut Mohamed Ridzuan, KLTVET terus komited dalam memacu pemerkasaan bidang yang ternyata  kebolehpasaran bidang kemahiran pada masa kini selain membawanya ke aras lebih tinggi seperti aspirasi negara.

Katanya, setakat ini 400 graduan sudah lengkap  mengikuti pensijilan program RPEL yang objektifnya adalah memperkasakan individu dewasa yang telah bekerja tanpa sijil formal dengan memberikan pengiktirafan terhadap pengalaman dan kebolehan mereka.

“Ini sekali gus meningkatkan nilai kebolehpasaran mereka. Program yang dimiliki dan direncakan khas bagi graduan kita juga diyakini akan dapat membantu meningkatkan peluang kerjaya selain mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat.

“Kita juga mahu mendekati golongan yang memiliki bakat serta kemahiran tinggi dengan cara menghargai kebolehan mereka, berikan pengiktirafan yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri selain menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang tertentu.

Dalam pada itu, pada majlis ini juga MPPM juga telah menyampaikan Anugerah Pakar Industri (Industry Specialist) Kepada Is Mat Yusof Mat Chik sebagai Pakar Dalam Industri Perancang Kewangan. -MalaysiaGazette