TOKYO- Muzim Nintendo pertama akan dibuka 2 Oktober ini menampilkan permainan-permainan video vintaj dan watak Super Mario interaktif.
Muzium yang terletak di bandar Kyoto Uji itu merupakan kilang yang dibina pada tahun 1969 yang mana gergasi permainan itu membuat kad permainan cara barat dan Jepun sebelum ditukar kepada konsol.
Tiket muzium bagi Oktober dan November mula dijual hari ini pada harga 3,300 yen (RM98.30) bagi dewasa.
Syarikat itu pada Selasa mengeluarkan sebuah video Shigeru Miyamoto, watak terkenal dalam Super Mario Bros sedang menunjukkan sedikit suasana di dalam muzim berkenaan.
“Muzium Nintendo adalah satu tempat di mana para pengunjung boleh belajar mengenai komitmen Nintendo dalam menghasilkan sebuah tempat yang mementingkan permainan dan keaslian,” kata Miyamoto dalam klip berkenaan.
Selain permainan tembak-menembak, pameran turut merangkumi sebuah alat kawalan gergasi yang dikendalikan oleh dua individu.
Ia turut menampilkan sajak-sajak klasik Jepun.
Nintendo bermula pada 1889 sebagai sebuah pengeluar kad “hanafuda” Jepun sebelum melancarkan mesin permainan video di rumah pertamanya yang dikenali sebagai TV Game 15 dan TV Game 6 pada 1977.
Permainan Super Mario Bros ula dilancarkan pada 1985, dua tahun selepas syarikat itu mula menjual konsol Nintendo Entertainment System.- AFP