RTM Janji Bayar Gaji Tertunggak #MGFlash

Stesen penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberi jaminan akan melunaskan bayaran gaji 700 pekerja perkhidmatan sambilannya yang tertungak sejak Jun lalu pada bulan ini.

Dalam kenyataannya, ia memaklumkan telah pun mendapat kelulusan khas kadar bayaran daripada Kementerian Kewangan.