Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan rasmi di New Delhi, India, 21 Ogos, 2024. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - SADIQ ASYRAF/Prime Minister’s Office of

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Parlimen India, Rahul Ghandi.

Katanya, dalam pertemuan singkat awal pagi tadi, mereka berdua sempat bertukar pandangan berhubung situasi politik Malaysia dan India selain membincangkan isu-isu terkini yang berlaku di rantau ini.

“Berkesempatan bertemu Ketua Pembangkang Parlimen India, Rahul Gandhi yang juga sahabat baik saya awal pagi tadi.

“Dalam pertemuan singkat ini, kami bertukar pandangan terkait situasi politik kedua-dua negara selain membincangkan isu-isu mutakhir yang berlaku di rantau ini,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial, malam ini.

Anwar mengakhiri lawatan tiga hari di India hari ini.

Beliau yang tiba di New Delhi pada Isnin mengadakan lawatan rasmi itu bagi mengukuhkan hubungan 67 tahun Malaysia-India dan dalam masa sama mewujudkan agenda kerjasama pelbagai sektor untuk masa depan.- MalaysiaGazette