Gee Poh Keong dan ADUN Semambu Chan Chun Kuang menunjukkan laporan dua insiden kemalangan di lokasi yang sama ketika kerja-kerja penyelenggaran penyiraman pokok bunga di lokasi nahas ketika ditemui pada sidang media di Pusat Khidmat DUN Semambu hari ini.

KUANTAN – “Ayah saya mati begitu saja. Saya geram, marah,” kata Gee Poh Keong yang kehilangan Gee Len Fatt berusia 63 tahun.

Itu keluhan yang dizahirkan anak kedua mangsa yang maut dalam kemalangan ketika lori milik kontraktor sedang melakukan penyiraman bunga di tengah jalan pada 7 Ogos lalu.

Poh Keong bersama ahli keluarganya menyatakan rasa ketidakpuasan hati terhadap pihak kontraktor dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) yang didakwa tidak bertanggungjawab dan mengunci mulut.

Beliau berkata, sehingga kini kedua-dua pihak berdiam diri dan tidak tampil menemui keluarga mangsa untuk menjelaskan isu berkenaan selain tidak menerangkan prosedur operasi standard (SOP) ketika mengendalikan kerja tersebut.

”Kita harap ada orang boleh bertanggungjawab, ini buat tak tahu sahaja, sehingga ini tiada pihak tampil berhadapan dengan keluarga saya. Minta maaf langsung tak ada.

”Setahu saya lori siram bunga tersebut SOP tidak tidak mencukupi seperti tiada flagman. Kami minta MBK beri penjelsan SOP apakah ada?

“Geram ayah saya mati itu macam sahaja, mahu tanya kenapa tak ada tindakan keselamatan sebelum kerja-kerja di jalankan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN :

Polis mahu MBK, kontraktor utama langkah keselamatan ketika kerja siram pokok

Dalam sebulan dua kes maut siram pokok bunga tepi jalan

Poh Keong yang berusia 38 tahun itu bekerja sebagai pengendali jentera berat berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, hari ini.

Hadir sama, ADUN Semambu, Chan Chun Kuang yang berpendapat bahawa kedua-dua pihak MBK dan kontraktor gagal menjalankan tatacara yang betul ketika mengendalikan kerja-kerja penyiraman sehingga mengakibatkan kecelakaan.

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan dua individu maut ketika kerja-kerja penyiraman pokok bunga di Jalan Bypass berhampiran Persimpangan Cengkih dekat sini dilakukan dalam tempoh kurang dua bulan.

Lebih menghairankan, katanya, tiada sebarang tindakan seperti penarikan lesen kontraktor yang menjalankan kerja-kerja penyiraman dilakukan sehingga berlaku insiden kematian kedua di lokasi nahas yang sama pada 19 Ogos lalu.

Justeru, katanya, keluarga beliau bersama keluarga mangsa kedua akan mengambil tindakan undang-undang terhadap MBK dan kontraktor terbabit.

”Saya sudah lantik peguam dan saya juga ada berkomunikasi dengan keluarga mangsa kedua untuk kami bersama-sama untuk dapatkan keadilan.

”Tindakan saman akan dibuat oleh keluarga kami, bersama, Sasuhilmy Shaari bagi menuntut keadilan yang menimpa ahli keluarga mereka dalam kejadian pada 7 dan 19 Ogos.

”Pihak keluarga sudah melantik peguam bagi menyaman kontraktor dan MBK diatas kecuaian mereka,” ujarnya anak kedua daripada empat beradik itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast