Scott McTominay.

LONDON – Fabrizio Romano melaporkan bahawa Fulham telah memutuskan untuk menyerah kalah dalam mendapatkan pemain tengah Manchester United, McTominay.

Sebaliknya, pakar perpindahan bola sepak itu memberitahu, kelab berkenaan mengambil keputusan untuk memilih pemain yang menjadi sasaran United iaitu Sander Berge dari Burnley.

Katanya, selepas dua kali percubaan, Fulham akhirnya menarik diri daripada memburu McTominay pada musim panas ini.

“Mereka menganggap harga £30 juta yang ditetapkan kelab untuk pemain tengah itu terlalu mahal. Lebih-lebih lagi, kontrak McTominay hanya tinggal setahun lagi.

“Mereka telah cuba berunding dengan United untuk menurunkan harga jualan pemain itu tetapi United tetap dengan pendirian mereka untuk tidak melepaskan pemain itu di bawah harga £30 juta pound.

“Oleh kerana itu, Fulham akhirnya menyerah dan beralih kepada sasaran United Sander Berge,” tulis di media sosial miliknya.

Dalam laporan sama, Fulham dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Burnley berhubung perpindahan Berge.

The Cottagers akan membayar sekitar £20 juta tambahan lima juta bonus untuk khidmat pemain itu.

McTominay dilaporkan masih mempunyai potensi untuk mendapatkan kelab baharu pada musim panas ini.

Dia dilaporkan sedang menunggu kelab Serie A Napoli untuk melengkapkan perpindahannya dari United. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast