Pembangunan sempadan negara di Sarawak dan Sabah dengan Kalimantan berhubung perpindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara antara fokus yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara (JPKSN) Bilangan 2 Tahun 2024 di Putrajaya semalam.

Menerusi perkongsian dalam hantaran di halaman facebook, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan, Malaysia perlu lebih proaktif dan bersedia dengan pelbagai perubahan yang bakal berlaku di rantau ini.