Muhammad Fitri Mohd Kamarul, 25 tahun yang hilang di Petaling Jaya sejak 16 Ogos lalu masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Assisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar dalam kenyataan media memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai orang hilang iaitu seorang lelaki tempatan di Balai Polis Kelana Jaya pada jam 11.04 malam, 17 Ogos lalu.