Bekas Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di bangunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia di KL Sentral tepat jam 10.30 pagi ini untuk dirakam keterangan oleh polis berkaitan ucapan didakwa menyentuh 3R, kaum, agama dan raja, semasa kempen PRK DUN Nenggiri awal Ogos lalu.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis akan merakam keterangan berhubung ucapan bekas Perdana Menteri itu semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri yang didakwa menyentuh isu 3R.

MalaysiaGazette.com – Online News / Portal – Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv