Penguat kuasa sebuah agensi yang bertugas di pintu masuk negara menjadi dalang dan tali barut melepaskan kumpulan warga asing yang tiba di pintu masuk negara tanpa melalui prosedur yang telah ditetapkan.

Modus operandi “counter setting” ini dibongkar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menerusi Op Pump di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan hari ini.