Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa

KUALA LUMPUR – ‘Saya tak boleh komen, kerana saya sendiri pun ada hak untuk menfailkan apa-apa tuntutan di mahkamah ,’.

Itu yang dijelaskan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berhubung saman yang difailkan ke atasnya dan beberapa pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya antara yang disaman, semua orang ada hak untuk failkan saman atau apa-apa tuntuhan di mahkamah sivil.

“Antara defendan di dalam saman itu saya, pasal ini (saman) saya masih tunggu dan tidak terima lagi writ saman,” katanya dalam sidang akhbar selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara, di sini hari ini.

 

Ketua Staff ESSCOM, tiga yang lain saman PDRM RM100 juta

 

Semalam media melaporkan, bekas pegawai Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Senior Asisten Komisioner (B) Datuk Mat Zaki Md Zain bersama tiga anggota lain telah memfailkan writ saman dan tuntutan ganti rugi bernilai RM100 juta kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Writ saman dan tuntutan itu difailkan bagi tujuan ganti rugi khas, deklarasi dan permohonan maaf daripada 11 defendan di Mahkamah Tinggi Tawau melalui Messrs Lincon & Co, Sandakan pada 15 Ogos lalu.

Dalam writ saman itu, semua defendan diberi tempoh 21 hari dari tarikh penyerahan diperintah supaya memasukkan Memorandum Kehadiran.

Sementara itu, Mat Zaki ketika dihubungi berkata, tindakan itu diambil demi mengembalikan maruah, nama baik serta reputasi mereka yang terjejas teruk sehingga ke hari ini.

Katanya, tuduhan dan tangkapan salah yang dibuat tanpa bukti juga menjejaskan reputasinya dalam komuniti perisikan Malaysia, Filipina dan Indonesia berdasarkan jaringan kerja yang baik dalam menjaga keselamatan perairan tiga buah negara dari ancaman pengganas rentas sempadan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast