Polis mengesahkan lelaki yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan PJS 9/1 Subang Jaya, Selangor, petang semalam merupakan ahli kumpulan samun bersenjata api dari sebuah negara di Benua Afrika.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dalam kejadian 6.59 petang itu, lelaki berusia lewat 30-an yang memandu kereta jenis Hyundai Matrix berwarna merah diarahkan berhenti oleh sepasukan anggota dari JSJ Bukit Aman.