BRUSSELS – Walaupun risiko virus cacar monyet (mpox) rendah di Eropah, kes import mungkin meningkat, kata Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC).

Pakar ECDC Orlando Cenciarelli berkata, risiko keseluruhan bagi penduduk Eropah pada masa ini sangat rendah.

Menekankan bahawa risiko lebih tinggi bagi orang yang pernah bersentuhan dengan pesakit mpox, beliau berkata, hanya individu yang mempunyai penyakit asas lain dan imuniti rendah akan mempunyai penyakit “sederhana dan/atau tinggi” jika dijangkiti virus tersebut.

Katanya, kemungkinan lebih banyak kes import berikutan pengesanan satu-satunya kes di benua itu selepas  Sweden pada 15 Ogos lalu.

Sehubungan itu, beliau menekankan keperluan negara Eropah untuk bersiap sedia menguruskan jangkitan ini dan mencegah penularan selanjutnya.

Cenciarelli menegaskan, vaksin hanya boleh ditawarkan kepada orang yang berisiko dijangkiti, mereka yang mempunyai penyakit teruk, dan individu yang pergi ke kawasan yang berkemungkinan berlaku penularan dan berdasarkan penilaian risiko individu.

Marc-Alain Widdowson, pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah berkata, sebanyak 27,000 kes ditemui di benua itu pada musim panas 2022 dengan 10 kematian direkodkan.

Widdowson berkata, WHO percaya Eropah boleh melindungi kedudukannya daripada virus berkenaan.

Minggu lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit WHO dan Afrika mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa dan benua.

Menurut angka CDC terkini, Afrika merekodkan sebanyak 17, 541 kes mpox dan 517 kematian setakat ini, membabitkan 13 negara Afrika.

Congo, pusat wabak enyumbang 96% daripada semua kes dan 97% daripada semua kematian yang dilaporkan pada 2024.

Congo telah merekodkan 16,700 kes mpox yang disahkan atau disyaki, termasuk lebih 570 kematian. – Agensi