Intan Balqis Ibrahim

KUANTAN –  Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) terus berdiri dan bersuara mempertahankan institusi diraja dan memantau perkembangan politik tanah air.

Setiausaha MAMPAN Kebangsaan, Intan Balqis Ibrahim berkata, generasi muda cakna dengan perkembangan politik dalam negara lebih-lebih lagi apabila sentimen 3R (agama, raja, kaum) yang membabitkan Sultan Pahang,Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.

Tambah beliau, persiapan kurang 24 jam bagi mengadakan Solidariti Raja dan Rakyat Berpisah Tiada di perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini semalam merupakan bukti kebersamaan mereka bersama baginda.

Ia berjaya melibatkan penyertaan lebih 100 perseta.

”Golongan mahasiswa bangkit pertahankan kedaulatan institusi diraja, kami bersama Sultan Pahang. Kami berada tanda solidariti bersama sultan kami bagi mempertahankan baginda yang telah dipersoalkan kewibawaannya dan kedaulatan oleh ahli politik.

”Kami harap semua masyarakat berani bersuara demi melindungi insititusi istana,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Bagi Pengerusi MAMPAN Pahang, Aidid Faidullah, semua pihak waima kerajaan atau pembangkang yang dilihat menyentuh isu 3R wajar disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang.

Aidil Faidullah bersama lebih 100 mahasiwa memnggunakan pembesar suara dan membawa spanduk ketika mengadakan himpunan secara aman pada semalam di Kuantan

Tambahnya, golongan mahasiswa memandang serius isu berkenaan dan MAMPAN telah membuat dua laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 19 Ogos lalu.

Ujar Aidil, meskipun usia muda dalam memahami poltik tanah air tetapi bukan bermakna mereka ’boleh terus diam’ apabila berkaitan dengan isu yang dilihat menghina insitusi diraja.

”Mentang-mentang dia berpolitik orang muda dengar, sebagai mahasiswa kami (MAMPAN) cakna dan mengambil berat tentang ini bila nak berpolitik tidak boleh sentuh isu 3R lebih lebih lagi Yang di-Pertuan Agong ke-16, sultan kami.

”Himpunan ini signal daripada kami untuk mengingatkan ahli politik supaya berpolitik berpada-pada.

”Sesiapa sahaja individu atau parti mana sekali pun kaau dia buat salah hukuman mereka patut dihukum dengan sama rata,” katanya.

Mohd Shukri Mohd Ramli

Sementara itu aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli atau gelaran Cucu Mat Kilau (CMK) turut menyokong usaha yang dilakukan oleh MAMPAN dalam menzahirkan pendirian mereka sebagai kecaknaan itu datang dari pelapis kepimpinan pada masa akan datang.

”Mereka mahasiswa ini  tidak terbabit mana-mana parti, jadi kita tengok semangat politik mereka ini sebaliknya bersuara untuk mempertahankan institusi diraja

”Semoga pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap orang politik melibatkat unsur 3R,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Jangan kurang ajar dengan sultan kami- Juhara

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast