DHAKA – Kerajaan sementara Bangladesh telah membatalkan pasport diplomatik perdana menteri yang digulingkan Sheikh Hasina.
Hasina telah melarikan diri ke India pada awal bulan ini selepas pemberontakan yang dipimpin oleh para pelajar.
Kementerian Dalam Negeri Bangladesh dalam satu kenyataan berkata, pasport Hasina, serta bekas menteri kerajaan dan penggubal undang-undang yang tidak lagi dalam jawatan mereka “perlu dibatalkan”. – Agensi