Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad berucap pada Perhimpunan Pergerakan Wanita UMNO ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di World Trade Centre Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 22 OGOS 2024

KUALA LUMPUR – UMNO tidak perlu membuktikan siapa yang lebih Melayu, menjuarai kaum itu dan siapa yang menjuarai Islam.

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, tuduhan politik yang mendakwa Melayu dan Islam yang diperjuangkan parti tersebut semakin goyah selepas bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan hanyalah retorik perkauman.

“Ada pihak yang mendakwa bahawa kerjasama UMNO
dalam Kerajaan Perpaduan adalah satu pengkhianatan kepada
bangsa Melayu dan agama Islam.

“Kini bukan masanya untuk membuktikan siapa lebih Melayu
dan siapa Islam atau siapa menjuarai Melayu dan siapa yang
menjuarai Islam. Kita mengucap syahadah yang sama. Bezanya
hanya pendekatan yang dibawa,” katanya Ketika berucap di Perhimpunan Agung Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Katanya, meskipun menerima pelbagai tuduhan namun UMNO kekal fokus membina institusi Islam yang konkrit,  sebaliknya Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat berkhayal.

“Dalam masa Pas berkhayal dengan negara Islam yang abstrak, UMNO telah membina institusi Islam yang konkrit dari bank Islam hingga universiti Islam! Dalam masa Bersatu berkhayal dengan imaginasi perjuangan Melayu versi mereka, UMNO sedang mengangkat martabat Melayu ke persada dunia!

“Hakikatnya, UMNO tidak perlu membuktikan siapa lebih
Melayu. Kita adalah perjuangan Melayu itu sendiri!,” tambahnya.

Katanya, Pas bukan hanya masih berteori sehingga kini namun dalam masa yang sama hubungan antara kaum yang dicipta parti itu mengasingkan.

“Dalam ekonomi Pas masih berteori, Bersatu masih tercari-cari, tetapi UMNO telah lama berbudi! Dalam hubungan antara kaum Pas mengasingkan, Bersatu mengelirukan, tetapi UMNO menyatukan! Dalam arena antarabangsa Pas terpencil, Bersatu baharu belajar berdiplomasi, tetapi UMNO telah lama dihormati!,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast