Lokasi tanah jerlus di Masjid India.

KUALA LUMPUR – Seramai 15 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sedang terlibat dalam operasi mencari dan penyelamat (SAR) seorang wanita warga Indiayang tertimbus di hadapan Masjid India, Jalan Masjid India hari ini.

Komander Operasi PKPgB Mohd Riduan Akhyar berkata, pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 8.23 pagi tadi.

Katanya, bertindak atas maklumat itu pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa serta bantuan dari BBP Hang Tuah bersama jentera dengan kekuatan 15 anggota lain-lain pangkat sebagai ‘first responder’ bergegas ke lokasi bencana.

“Setibanya di lokasi kejadian pemeriksaan mendapati terdapat mangsa seorang wanita berusia 48, tahun terjerlus ke dalam lubang dan tertimbus di bawah tanah.

”Kedalaman lubang dianggarkan lapan meter.

“Tindakan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan manakala Unit STORM dan Unit Anjing Pengesan (K9) turut berada di lokasi kejadian untuk membantu misi pencarian mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman dan timbalannya Superintendan Nuzulan Md Din turut berada di lokasi kejadian.

Sulizmie diberikan taklimat oleh Komander operasi Bomba mengenai perkembangan terkini pencarian mangsa tertimbus itu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast