Penolong Jurulatih JDT, Jose Lopez bercakap pada sidang media Perlawanan Akhir Piala FA antara Selangor FC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), turut sama Pemain JDT, Junior Eldstal di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 23 OGOS 2024.

KUALA LUMPUR – Penolong jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Jose Lopez dan kapten, Junior Eldstal seolah-olah sepakat pada sidang media final Piala FA yang diadakan di sini hari ini.

Mereka memberi jawapan yang sama bagi semua soalan yang dikemukakan oleh pengamal media.

“Tiada komen, saya tiada apa untuk bercakap di sini,” kata mereka apabila ditanya mengenai perlawanan akhir menentang Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam esok.

Biarpun diasak dengan soalan, mereka kekal dengan jawapan tersebut dengan raut wajah yang serius.

Ia berbeza dengan sidang media bersama Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil dan kapten, Safuwan Baharuddin, sebelum itu yang berlangsung mesra.

Nidzam penuh ceria menjawab semua soalan dan kelihatan teruja menjelang final esok.

JDT bakal bertemu Selangor dalam final Piala FA di malam esok yang bakal menyaksikan lebih 80,000 penonton membanjiri SNBJ pada final edisi ke-34 itu.

Sementara itu, seramai 2,488 pegawai dan anggota polis ditugaskan pada perlawanan akhir bola sepak Piala FA 2024/2025. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast