Traditional Martial Arts for All (TMA4ALL) Malaysia 2024, anjuran Universiti UCSI.

KUALA LUMPUR –  Universiti UCSI telah melancarkan Traditional Martial Arts for All (TMA4ALL) Malaysia 2024, bagi mempromosikan kekayaan seni mempertahankan diri tradisional di Malaysia.

Lebih 360 hadirin termasuk pakar seni mempertahankan diri terkenal dari Malaysia dan seluruh dunia, seperti Ireland, Croatia, Jerman, Sepanyol dan Mexico hadir ke festival ini.

TMA4ALL yang akan berlangsung selama 10 hari bakal menampilkan bengkel, demonstrasi dan sesi latihan tertumpu kepada seni mempertahankan diri tradisional seperti silat, wushu, taekwondo, nihon taijitsu, tai chi dan karate.

Pengamal silat terkenal termasuk Pendita Mahaguru Prof Azlan Jumat Abdul Ghanie dan Mahaguru Mohamed Faid Musa akan mengetuai sesi latihan dan demonstrasi silat tersebut.

Sesi perkongsian dan perbincangan panel akan diadakan untuk meneroka trend semasa, teknik dan masa depan seni mempertahankan diri.

“UCSI adalah [juga] kampus Harmoni Mesra di mana perpaduan, keterangkuman dan empati digalakkan pada setiap peluang

“Kami melihat seni mempertahankan diri sebagai platform umum yang mana semua orang boleh bersatu dan berkolaborasi bersama. Kami juga merancang untuk menggunakan seni mempertahankan diri untuk melibatkan belia yang terpinggir dan kurang bernasib baik, serta kumpulan minoriti dalam masyarakat,” kata Prof Datuk Ts Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, Naib Canselor dan Presiden Universiti UCSI.

TMA4ALL telah bekerjasama dengan Nori Abdullah, anak perempuan, Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk mengetuai sesi perkongsian khas pada 25 Ogos, bertajuk “Melihat Melalui Spektrum”.

Beliau akan membincangkan secara terbuka pengalamannya sebagai ibu kepada anak istimewa dan bagaimana dia menggabungkan seni mempertahankan diri ke dalam perjalanan mereka.

Majlis perasmian itu juga berfungsi sebagai platform untuk kedermawanan melalui malam amal dan berjaya mengumpul RM13,500 untuk dua pertubuhan: Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) dan Yayasan Sunbeams Home.

Projek TMA4ALL membuka ruang baharu bagi komitmen UCSI terhadap impak sosial dalam menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau lebih dikenali sebagai SDG, sekali gus menyokong SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik), SDG 16 (Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Teguh) dan SDG 17 (Perkongsian untuk Matlamat). – MalaysiaGazette