Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan selepas hadir pada Pembukaan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 23 OGOS 2024.

KUALA LUMPUR – UMNO akan menjalankan usaha secara besar-besaran untuk menyatukan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu menerusi gerakan yang dinamakan Rumpun Melayu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha itu bagi memperkukuhkan agenda perkongsian kuasa berindukkan Melayu dan Islam di negara ini.

Jelas beliau, melalui gerakan itu, UMNO akan bersama-sama pertubuhan-pertubuhan yang memiliki semangat ke arah mempertahankan perkongsian kuasa.

“Kita mahu gerakan ini sebagai wadah untuk memastikan agenda Melayu dan Islam menjadi teras dalam apa juga bentuk kerjasama yang hendak dijalinkan,” katanya katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia hari ini.

Terdahulu, ketika menyentuh berkenaan aspek perkongsian kuasa, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, parti itu membawa suara sederhana yang menyatukan parti-parti politik berhaluan kanan dan kiri.

Jelas beliau, penyatuan itulah yang menjamin keindukkan Islam dan Melayu terpelihara tanpa meminggirkan hak dan suara kaum-kaum lain.

“Inilah akar tunjang yang menjamin keamanan, kestabilan dan keharmonian hidup bernegara,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast