Image Image 1 49 Conversation MG Perak @MgPerak Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) membawa keluar 21 mangsa yang terkandas di Tapak Perkemahan Eco Risda, Kampung Ulu Slim dalam insiden kepala air ekoran empangan pecah di Slim River. Foto: Aniq Nabilafiq Anuar

TANJUNG MALIM – Kesemua 21 mangsa termasuk tujuh kanak-kanak yang terperangkap di Risda Eco Park, Kampung Ulu Slim, Slim River akibat kejadian kepala air dan muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Geliting pecah dekat sini, berjaya diselamatkan hari ini.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Khairil Adli Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kepala air di Sungai Geliting di sini sehingga menyebabkan beberapa jambatan terputus di kawasan ini sekitar jam 8 malam tadi.

Menurutnya, terdapat 18 pengunjung, seorang kakitangan dan dua orang awam didapati terperangkap di kawasan tersebut.

Katanya, mangsa terdiri daripada 14 dewasa dan tujuh kanak-kanak berusia antara dua hingga 50 tahun.

“JBPM memulakan operasi pada jam 8 pagi tadi dan kira-kira jam 12 tengah hari.

“Kita menggunakan kaedah merentasi sungai menggunakan teknik penyelamatan high line untuk membawa mangsa dari kawasan penginapan ke kawasan yang selamat di seberang sungai.

“Bagi kanak-kanak kita mengambil inisiatif menggunakan boat rafting untuk membawa mereka merentasi sungai ke kawasan selamat,” katanya ketika ditemui di Risda Eco Park di sini, pada Sabtu

Beliau berkata, seramai 30 anggota penyelamat membabitkan bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam operasi menyelamat mangsa.

“Alhamdulillah semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka diserahkan kepada pihak pengurusan Risda Eco Park untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – MalaysiaGazette