Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Pengulungan Perhimpunan Agong UMNO di dewan merdeka ketika tinjauan Malaysia Gazette di World Trade Centre Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 24 OGOS 2024

KUALA LUMPUR – Penutup tirai Perhimpunan Agung UMNO (PAU2024), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui bahawa partinya adalah parti yang tidak sempurna.

Justeru, Presiden UMNO itu berkata parti berusia 62 tahun itu perlu merencanakan susun atur kerja bagi memperkukuhkan parti semula di semua peringkat.

“Ya kita akui kita (UMNO) tidak sempurna, kita akui bahawa kita tidak bersifat maksum maka muhasabah diri perlu dilakukan bagi kita lihat untuk kita perbaiki.

“Realitinya perubahan pendekatan kita mesti lakukan mendakapi teknologi baru dalam komunkasi politik dalam kita mendekati dan santuni pengundi,” katanya dalam sidang media selepas sesi penggulungan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU2024), di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Ahmad Zahid juga berkata UMNO perlu mendepani perubahan dengan mendakap teknologi baharu dalam bidang komunikasi politik dalam usaha mendekati para pengundi khususnya golongan muda.

“Dengan lakukan pendekatan baru yang selama ini mungkin kita terlepas pandang berikan fokus,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast