Sebuah kereta peronda polis yang sedang dalam tugasan iringan kenderaan polis yang membawa tahanan, rosak akibat dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di sebuah kawasan persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata insiden sekitar jam 8.05 pagi kelmarin turut mengakibatkan anggota polis berpangkat Koperal yang memandu kereta berkenaan cedera ringan apabila luka lengan kiri.