logo luar negara
Gambar hiasan

BANGKOK – Seorang ahli perniagaan Malaysia yang didakwa mengetuai sindiket penipuan membabitkan kerugan lebih 100 bilion Yuan (AS$14 bilion) telah diekstradisi dari Thailand ke China.

Lelaki itu merupakan suspek pertama Bangkok melakukan serahan dalam jenayah ekonomi kepada China sejak perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara dikuatkuasakan pada 1999, menurut Kementerian Keselamatan Awam China.

“Kejayaan ekstradisi ini… merupakan penanda aras signifikan kepada penyatuan penguatkuasaan undang-undang dan kerjasama perundangan antara China dan Thailand,” kata kementerian tersebut dalam kenyataan sambil menyifatkannya sebagai ‘kejayaan besar’.

Kementerian tersebut yang hanya menyatakan nama suspek sebagai Zhang berkata, beliau dihantar ke China pada Selasa lalu.

Ia merujuk kepada Zhang Yufa, atau lebih dikenali sebagai Tedy Teow Wooi Huat yang merupakan pengasas perniagaan konglomerat MBI Group.

Susulan daripada siasatan yang dilakukan, Teow disyaki menjalankan skim pyramid dan menipu orang awam, yang mana kebanyakan daripada mereka adalah warga China, dengan memperdayakan mereka untuk membeli matawang kripto yang tidak berlesen dan tidak diiktiraf.

Lebih 10 juta pelabur menjadi mangsa skim tersebut sejak 2012, dan wang terlibat berjumlah 100 billion yuan, menurut kenyataan kementerian itu.

Pihak berkuasa di Chongqing melancarkan siasatan terhadap Teow pada 2020 dan beberapa bulan kemudian biro untuk Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa mengeluarkan notis orang dikehendaki di seluruh dunia.

Polis Thailand menahan ahli perniagaan itu pada Julai 2020 selepas beliau melarikan diri dari Malaysia.

Berikutan itu, Beijing memohon Bangkok memburunya dan menyerahkan kepada China untuk dibicarakan.

Sebuah mahkamah Thailand memutuskan perpindahan Teow ke China pada Mei lalu, keputusan yang kemudiannya disokong kerajaan Thailand.

Kuala Lumpur juga memohon Teow dihantar ke Malaysia, di mana beliau juga dikehendali kerana menipu. Bagaimanapun permohonan itu dilakukan selepas China. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast