Reaksi Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil pada perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta'zim di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 24 OGOS 2024.

KUALA LUMPUR – Selangor FC mengakui kekalahan memalukan 6-1 di tangan Johor Darul Tazim dalam aksi akhir Piala FA 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi adalah keputusan mengecewakan.

Ketua Jurulatihnya, Nidzam JamilĀ  bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan pasukan dalam perlawanan akhir tersebut.

Katanya, kekalahan kepada JDT FC memberi isyarat jelas dan serius untuk pasukannya supaya perlu bekerja lebih keras selepas ini.

“Keputusan kalah 6-1 itu sangat mengecewakan dan tidak seharusnya berlaku. Ia memberi pengarajan berguna kepada kami dan meninggalkan kesan mendalam untuk pasukan kami.

“Ia juga ajar kami bagaimana untuk bersaing pada aksi final selepas ini dengan persiapan lebih rapi,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Nidzam turut mengakui pasukannya tidak boleh melakukan kesilapan kecil apabila berdepan pasukan lawan yang lebih matang dan berpengalaman menang banyak piala dalam liga domestik dan luar.

“Kita tidak boleh mempunyai mentaliti apabila sudah melangkah dan beraksi dalam final merasakan kita sudah cuba sepenuhnya.

“Kita perlu selepas ini memastikan pasukan kita sentiasa layak dan beraksi dalam setiap final agar lebih matang dan bersaing setaraf pasukan terkuat lain (JDT).

“Kita memang anggap selepas keputusan semasa 2-1 di separuh masa kedua, itu adalah turning point malangnya selepas dibolos 4 gol, saya cuma letak azam 20 minit terakhir perlawanan lebih ke arah bertahan untuk elak dibolos lagi.

“Gol ketiga dan keempat dalam aksi final lawa JDT FC malam tadi kalau cakap secara jujur telah membunuh permainan kami dan bolos enam gol itu terlalu melampau serta saya bertanggungjawab sepenuhnya kepada kekalahan itu,” tegasnya.

Walaupun dengan kekalahan itu, Selangor FC masih memegang rekod sebagai pasukan paling banyak menjuarai Piala FA iaitu sebanyak lima kali bersama-sama dengan pasukan Kedah FC iaitu pada tahun 1991, 1997, 2001, 2005 dan 2009 dalam sejarah piala itu diperkenalkan sehingga kini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Menjadi juara sebanyak 5 kali..itu duluuuu..
    kalau bercakap tentang DULU..Nenek kita semua pun dulu anak DARA.

Comments are closed.