Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama tetamu selepas hadir pada Ucaptama dan perasmian muktamar Masjid Semalaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 25 OGOS 2024.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai banyak kali terlanjur dalam berkata-kata apabila melabelkan UMNO sebagai sebuah parti yang lebih teruk daripada ‘dajal’.

Beliau berkata, susulan keterlanjuran itu, Anwar tidak berhasrat untuk memberi reaksi balas terhadap komentar Ahli Parlimen Marang itu.

“Ustaz Hadi pada tahap sekarang kadang-kala dia banyak terlanjur, jadi saya tidak berhasrat untuk ulas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Muktamar Masjid SeMalaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan pagi tadi.

Jumaat lalu, media melaporkan Abdul Hadi yang juga bekas pemimpin Kesatuan Ulama Sedunia itu menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti rosak dan meneruskan agenda kebendaan bagi menegakkan kerajaan.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, UMNO digunakan sebagai senjata dengan cara yang lebih daripada dajal.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak dakwaan itu sambil mengatakan Pas sendiri yang bersifat dajal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast