Kanak-kanak orang asli yang dirogol dan dibunuh di Pos Kuala Mu, Kuala Kangsar, Perak

KUALA LUMPUR- Reman suspek bunuh kanak-kanak Orang Asli, Nuraina Humaira Rosli, 10, di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di Sungai Siput, minggu lalu, disambung enam hari sehingga 30 Ogos ini.

Menurut laporan portal berita, perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin.

https://malaysiagazette.com/2024/08/18/nuraina-humaira-disyaki-dirogol-sebelum-dibunuh/

Katanya, tempoh seminggu reman remaja lelaki berumur 17 tahun itu sepatutnya berakhir hari ini namun disambung semula hingga ke 30 Ogos depan.

Terdahulu, suspek yang juga mempunyai pertalian darah dengan mangsa direman tujuh hari bermula 19 Ogos lalu bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

ARTIKEL BERKAITAN

Kes kematian Nuraina Humaira: Remaja lelaki Orang Asli direman tujuh hari