MAKKAH – Ibadah umrah bukan hanya untuk mereka yang sihat tubuh badan, malah jika ada antara kita diuji masalah kesihatan hingga berkerusi roda, masih dapat mengerjakannya.

Bagi jemaah Norhaniza shahir, 50, yang sudah dua tahun berkerusi roda tidak menyangka akan dapat menunaikan ibadah itu.

“Saya selalu membayangkan dapat buat umrah, tapi bila saya tengok keadaan diri, saya sedar perkara itu mustahil.

“Strok dan berkerusi roda. Mana mungkin saya dapat buat,kan. Tapi, apabila dapat tahu, saya boleh menunaikan umrah walaupun berkerusi roda, saya Syukur sangat-sangat,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau yang ditemui berkata, banyak urusannya dipermudahkan oleh syarikat Fa Izin yang membantunya sejak awal hingga akhir.

“Pada mulanya, saya ada rasa takut dan tak yakin kerana pergerakan saya yang terbatas.
“Lama saya fikir sama ada nak meneruskan niat atau tidak, semuanya kerana diri saya sendiri yang sakit dan serba kekurangan.

“Namun sepanjang di Madinah dan di sini (Makkah), banyak yang saya dapat buat, Subhanallah, ALLAH SWT permudah segala niat dan memakbulkan doa-doa saya,” katanya.

Mengakui pengurusan umrah menjadi agen permudah selain anggota keluarga memainkan peranan penting membantu walaupun berkerusi roda, Norhaniza bersyukur Fa Izin antara syarikat pengendali umrah yang prihatin terhadap semua jemaahnya.

“Hanya Tuhan yang tahu apabila ALLAH izinkan saya dapat ke sini lagi, dulu semasa sihat dan dalam keadaan saya sekarang juga dijemput menjadi tetamunya.

“Walaupun orang tak yakin dengan keadaan saya yang banyak keterbatasan ini, tapi semuanya menjadi baik dan mudah,” ujarnya yang tidak putus-putus berdoa agar dikembalikan kesihatannya.

Dalam tempoh umrah 12 hari 10 malam ini Norhaniza mengakui dapat melakukan ibadah bukan hanya di bilik hotel sahaja.

“Alhamdulillah, saya boleh ke masjid dengan kerap selain kesihatan yang baik, ALLAH bagi saya sihat sepanjang di sini.

“Saya juga dapat mengikuti program ziarah-ziarah yang diaturkan oleh Fa Izin, semua ini tak mustahil jika ALLAH izinkan,” katanya.

Sementara itu, mutawif Fa Izin International Ustaz Adam Darwisy Celemans berkata, Fa Izin International Travel & Tours terbuka menerima jemaah yang berdaftar dengan agensi itu sama ada sihat ataupun berkerusi roda untuk menunaikan Umrah.

“Walaupun begitu, kami menggalakkan jemaah tersebut hadir bersama keluarga atau waris.

“Namun, jika tiada pun tidak mengapa, pihak kami akan membantu dengan cara mendapatkan jurutolak untuk jemaah,” katanya.

Jelasnya lagi, jurutolak akan ambil Jemaah di hadapan pintu bilik dan akan membawa ke masjid dan akan menghantarnya semula ke masjid.

“Jemaah hanya perlu tunggu di bilik dan jurutolak akan datang membawa Jemaah melaksanakan tawaf, saie dan bertahallul.

Sekitar sambutan hari lahir yang julung kali diadakan oleh Fa Izin Travel & Tours bagi meraikan jemaah yang menyambut hari kelahiran pada bulan sama dengan trip ketika di Ladang Kurma Aryaf Taibah, Madinah, Arab Saudi. Foto MOHD ADZLAN, 03 OGOS 2024.

“Selepas dah habis umrah, jemaah akan dihantar pulang ke bilik semula.
“Ini memudahkan Jemaah yang datang berseorangan,” katanya.

Jelasnya, perkhidmatan ini juga dapat mengelakkan daripada jemaah ditipu, kerana ada juga yang mengambil upah melebihi harga biasa iaitu sekitar 400 riyal.

“Jika jemaah nak ambil perkhidmatan dari masjid sahaja, bayaran adalah sebanyak 200 riyal kerana menggunakan khidmat tenaga manusia.

“Manakala, 100 riyal jika jemaah nak guna perkhidmatan buggy untuk tawaf dan saie,” katanya.

Pengurusan Fa Izin dilihat lebih terurus kerana syarikat pengendali umrah ini mempunyai pejabat di Madinah dan Makkah.

“Pejabat kami di Makkah adalah di Hotel Olayan al Haram dan di Madinah adalah di Hotel Nozol Royal.

“Ia beroperasi 24 jam sehari di mana pegawai-pegawai kami sedia membantu andai ada yang sakit dan sebagainya.

“Sebagai contoh jika ada yang sakit dan memerlukan ke hospital, pihak kami akan menghantar dan menguruskannya,” katanya. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast