ahmad fadhli shaari
Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dalam nada sindiran menyifatkan sekarang masa terbaik untuk PKR dan DAP menubuhkan skuad beruniform sendiri.

Menurut beliau, skuad beruniform itu kelak boleh mendapat elaun daripada kerajaan seperti yang bakal diterima Skuad Sabil yang ditubuhkan di bawah Pergerakan Pemuda UMNO.

“Sekadar bertanya, PKR dan DAP tidak berhasrat mahu buat skuad beruniformkah?

“Ini masa terbaik untuk wujudkan. Untuk dapat elaun dari kerajaan boleh `kawtim’ dgn (dengan) Presiden UMNO.

“Ini zaman Madani. Selepas Madani jatuh nanti, semua penyelewengan tatakelola ini boleh didakwa di mahkamah,” tulisnya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 kelmarin, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Skuad Sabil akan menjadi sebahagian daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bakal diberikan elaun.

Bagaimanapun, pengumuman itu mencetuskan pertikaian khususnya dalam kalangan pembangkang yang mempersoalkan bagaimana jentera politik UMNO boleh diberikan elaun menggunakan dana kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast