KUALA LUMPUR – City University Malaysia (CityU) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Akauntan Awam (IPA) Australia sebagai komitmen menyediakan pelajarnya dalam peluang pendidikan dan pembangunan profesional bertaraf dunia.
Timbalan Naib Canselor Kanannya (Perkhidmatan Korporat dan Kemampanan), Prof. Madya Dr. Rosnizah Shaari berkata, MoU itu mewujudkan rangka kerja kerjasama antara pihaknya dan IPA Australia dengan tumpuan untuk meningkatkan prospek akademik dan profesional pelajar dalam bidang perakaunan dan kewangan.
“Perkongsian ini akan membolehkan pelajar mengakses sumber IPA Australia yang luas termasuk program pensijilan profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, rangkaian industri dan peluang untuk pendedahan global.
“Kami teruja dengan perkongsian ini dengan IPA Australia kerana ia sejajar dengan misi CityU untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan kelayakan yang diperlukan untuk berkembang maju dalam ekonomi global,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rosnizah menambah, melalui kerjasama itu, CityU memastikan graduannya bukan sahaja mahir dalam bidang akademik tetapi juga berdaya saing secara profesional peringkat antarabangsa.
Perkongsian itu juga akan memudahkan inisiatif penyelidikan bersama membolehkan kedua-duanya institusi bekerjasama dalam projek yang akan menyumbang kepada kemajuan amalan perakaunan dan pendidikan.
“Kerjasama ini mencerminkan perkongsian komitmen untuk menggalakkan kecemerlangan dalam pendidikan dan professional pembangunan merentas sempadan.
“CityU dan IPA Australia berharap dapat bekerjasama rapat bersama-sama untuk mewujudkan laluan untuk kejayaan pelajar dan untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan dan peluang profesional yang tersedia untuk pelajar di Malaysia dan lain-lain,” katanya. – MalaysiaGazette