KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap akan mendapat keadilan di mahkamah.
Hari ini bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Gua Musang, Kelantan atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.
“Saya telah didakwa di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen Gua Musang hari ini. Saya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan,” katanya dalam kenyataan di media sosial.
Muhyiddin berkata, beliau akan berdoa kepada Allah dan mengharapkan doa dan sokongan daripada anda semua. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Ha…ha..ha…leadilan konon. Masa Najib dan zahid ada ke keadilan. Sekarang kau pula rasakan. Allah bayar cash. Semoga dapat balasan setimpal. Keadilan.
semuanya dianggap mainan politik sedangkan kerajaan sekarang ternyata amat berbeza dgn semua kerajaan terdahulu, dan mahkamah adalah bebas atas kuasa mereka tanpa campurtangan.
buktikan yg kamu tak bersalah