Petugas Indah Water Konsortium bersama Anggota Jabatan Bomba dan Anggota Polis (PDRM) menjalankan tugas ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 26 OGOS 2024

KUALA LUMPUR – Pada hari ini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan meneruskan kerja-kerja pencarian wanita warga India yang terjatuh dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India di kawasan point terakhir di loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pasukan SAR akan meneruskan kerja-kerja flushing dan pemeriksaan fizikal ke setiap ruang (lurang kumbahan) yang ada, kemungkinan mangsa terperangkap di sana.

Terdahulu, Pasukan SAR telah melaksanakan kerja jetting dan pemeriksaan saluran paip kumbahan dan manhole sehingga jam 6.30 pagi tadi.

“Kerja jetting bagi memecahkan serpihan berjaya bagi mengeluarkan sebarang halangan.

“Bagaimanapun, pemeriksaan menggunakan push rod dan crawler camera di lurang 1 ke lurang hadapan Wisma Yakin bagi mengesan kebarangkalian lokasi mangsa adalah menunjukkan negatif,” katanya lagi. – MalaysiaGazette