Gambar hiasan logo UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) beberapa hari lalu berjalan dalam satu suasana penuh kekeluargaan dan harmonis. Ternyata, ahli-ahli UMNO kini kembali bersatu padu, semakin bertenaga dan yakin dengan hala tuju parti ekoran kejayaan PRK DUN Nenggiri di Kelantan baru-baru ini.

Sebagai anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT), saya rasa semangat perwakilan cukup luar biasa berbanding tahun-tahun kebelakangan. Liputan media yang meluas tentang PAU juga menunjukkan pengaruh UMNO masih lagi relevan dalam agenda politik tanah air.

Nampaknya UMNO sudah berjaya menemui ritma politiknya sebagai salah sebuah parti utama dalam Kerajaan Perpaduan. UMNO dengan 26 orang Ahli Parlimen telah berjaya menyumbang kepada kestabilan politik dan tadbir urus sektor awam Malaysia yang lebih kukuh.

Semua ini dilakukan tanpa menggadaikan perjuangan teras UMNO, malah dengan usaha terus memartabatkan agenda Bumiputera di setiap peringkat. Sebagai seorang Menteri Kabinet, UMNO sememangnya diberi peluang dan ruang secukupnya di dalam Kerajaan Madani untuk memperjuangkan isu-isu yang menyentuh kepentingan Melayu dan Bumiputera dalam konteks masyarakat majmuk kita dan juga hala tuju ekononomi negara.

Walaupun masih terlalu awal untuk bertanggapan bahawa pengundi Melayu sudah kembali menaruh kepercayaan kepada UMNO, sudah kelihatan bibit-bibit pemulihan dalam penerimaan pengundi, terutamanya dari kalangan pengundi muda dan baharu seperti di PRK Nenggiri.

Sememangnya, UMNO yang relevan adalah UMNO yang tangkas berubah mengikut perubahan zaman dan keadaan politik semasa. Pada hemat saya, ada 5 perkara daripada perbahasan di PAU, yang boleh dipertimbangkan barisan kepimpinan UMNO termasuk saya sendiri dalam menyelusuri perubahan yang perlu untuk memperbaiki kedudukan parti di mata pengundi.

Pertama, UMNO harus kekal sebagai parti politik Melayu moderat yang inklusif, dalam konteks masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan Jika kita singkap sejarah UMNO, sebagai sebuah parti khemah besar yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat Melayu sejak tahun 1946. Sememangnya akan sentiasa ada cubaan untuk menarik UMNO ke haluan kiri dan kanan melalui politik perkauman. Apa yang menarik ialah setiap kali UMNO kembali fokus ke politik jalur tengah, atau “middle ground”, prestasi parti dalam pilihan raya akan bertambah baik. Justeru, dalam memastikan kelangsungan parti sejak penubuhannya, UMNO harus kembali kepada prinsipnya sebagai parti Melayu yang moderat dan inklusif, tanpa membelakangi perjuangan membela nasib masyarakat majmuk tanah air.

UMNO sebagai sebuah parti Melayu sememangnya memerlukan pengundi. Namun, kebergantungan ini perlu diseimbangkan agar UMNO tidak terjerumus ke kancah permainan politik perkauman ekstrem. Spektrum pengundi di Malaysia juga begitu luas, dan pengundi Melayu itu sendiri bukan bersifat monolitik. Kesimpulannya, UMNO perlu tampil semula sebagai pilihan utama kepada pengundi yang mementingkan politik yang rasional dan moderat.

Kedua, kepimpinan UMNO Pusat perlu menyelenggara strategi mantap untuk memastikan segmentasi demografik pengundi yang jelas dan tepat dengan mengambil kira sentimen negeri. Pendekatan yang sama untuk setiap kerusi tidak boleh lagi diguna pakai.

Kita harus akui dalam landskap politik hari ini, tiada satu parti yang dominan. Ini bermakna UMNO memerlukan koalisi pengundi rentas segmen umur, latar belakang dan etnik untuk terus relevan. Justeru, pemikiran dan gerak kerja kita harus diubah supaya UMNO menjadi lebih kompetitif bukan sahaja di kerusi-kerusi majoriti Melayu tetapi juga kerusi-kerusi campuran di kawasan bandar.

Sama ada UMNO akan bergerak sendiri atau bersama dengan rakan- rakan dalam Kerajaan Perpaduan, lebih cepat keputusan dibuat, lebih bagus. Ini penting untuk menghantar mesej yang jelas kepada pengundi, dan juga untuk ahli memantapkan persiapan bagi meningkatkan peluang kemenangan UMNO. YAB Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam ucapan dasarnya, juga telah membayangkan bagaimana isu ini akan dikemudi menjelang PRU 16.

Ketiga, politik khidmat bakti UMNO perlu diperluas, disusun dengan lebih teratur dan dipantau dengan telus. Sebagai sebuah institusi sosial yang berkhidmat kepada masyarakat setempat tanpa mengira musim, ada yang mengatakan dividen politik daripada pendekatan ini tidak menguntungkan. Namun, saya berpendapat bahawa ini masih merupakan salah satu kekuatan UMNO yang membezakan kita dengan parti lawan, dengan syarat ia dilaksanakan dengan lebih teratur dan sistematik.

Gabungan penggunaan data raya (“big data”) dengan sistem pemantauan perlu dilakukan di peringkat bahagian dengan mekanisme yang lebih berakauntabiliti bagi memastikan program yang dilaksanakan berimpak tinggi, memenuhi keperluan dan citarasa komuniti, serta memanfaatkan seramai mungkin pengundi.

Program-program parti harus mengambil kira keberhasilan atau “outcome”- kepada pengundi, tidak hanya sekadar menekankan aspek “output” seperti bilangan program. Penekanan harus diberikan kepada program sentuhan langsung yang selari dengan tuntutan semasa, dan bersama rakyat berbilang kaum, bukan sekadar ahli-ahli dan pengundi UMNO.

Dalam mengejar pengundi atas pagar, pastikan juga “pengundi putih” kekal yakin bersama UMNO. Anjakan paradigma ini perlu bagi memastikan kita tidak mengulangi kesilapan lama dan tersungkur ketika meraih undi di pilihan raya.

Keempat, UMNO perlu mengetengahkan pemimpin pelapis yang mempunyai idea bernas dan personaliti yang berwibawa. Ketika PAU tempoh hari, saya amat kagum dengan kualiti dari segi isi dan penyampaian oleh jurucakap-jurucakap negeri di peringkat sayap. Mereka bukan sahaja menjiwai roh perjuangan UMNO, tetapi juga cuba membawa nafas baharu dengan pendekatan yang segar dan Isu yang dibawa cukup relevan – daripada keseimbangan kerjaya untuk wanita berkeluarga, dan kos sara hidup, kepada cabaran digitalisasi di tempat kerja. Teguran yang membina kepada barisan kepimpinan disulami dengan cadangan untuk penambah baikan. Inilah yang UMNO perlukan – pendekatan yang membina, bukan yang membinasa. Yang membuat saya terharu, mereka mendukung nama UMNO dengan bersemangat, walaupun ketika imej parti Melayu tertua ini tercalar, dan di kala UMNO bukan merupakan parti yang dominan.

Jika dilihat pada kualiti bakat muda UMNO ketika ini, saya yakin masa depan UMNO itu cerah, kerana mereka bukan sahaja berkelulusan tinggi dan berjaya dalam bidang masing-masing, malah lebih kental kerana telah diuji dengan prestasi kurang memuaskan pada PRU-15. Saya dapat rasakan keazaman mereka untuk mengembalikan sinar kegemilangan UMNO. Semangat juang ini perlu dipupuk untuk meyakinkan pengundi baharunya, terutamanya yang berusia 18-25 tahun.

Kelima, UMNO perlu memanfaatkan media sosial dan ledakan teknologi sebaik mungkin, terutamanya dengan jentera besar Jentera ini, malah setiap ahli parti juga, perlu memanfaatkan media sosial. Dalam menyokong tanggungjawab penerangan parti, setiap ahli perlu jadikan media sosial sebagai platform utama dalam membina naratif untuk mengubah persepsi parti. Konten yang bijaksana dan bersifat “meyakinkan” harus disebarkan kepada segenap lapisan masyarakat secara sistematik, dan dengan menakluki “algoritma” setiap platform untuk memastikan naratif parti sampai kepada audien sasaran. Konten UMNO juga mesti segar, informatif dan menghiburkan. Inilah penyelesaian yang efisien untuk meningkatkan interaksi dengan rakyat.

Banyak lagi idea-idea bernas yang telah dikongsi kepada saya sepanjang musim mesyuarat bahagian dan ketika di PAU. Ada yang sudah pun saya praktikkan dan akan kongsikan keberhasilannya dalam nukilan

Ramai anak-anak muda UMNO yang mahu parti keramat ini kembali Namun, niat yang baik harus diuruskan dengan sempurna supaya ia mampu memanfaatkan rakyat dan parti.

Saya yakin, jika majoriti ahli UMNO melaksanakan lima perkara ini, tidak mustahil UMNO akan bangkit secara luar biasa, dan terus membela nasib agama, bangsa dan tanahair. Semoga momentum kebangkitan ini dizahirkan di peti undi PRK Mahkota, insya-Allah.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast