Anggota Jabatan Bomba membuat persiapan untuk menjalankan tugas ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 28 OGOS 2024

KUALA LUMPUR – Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melakukan selaman untuk pencarian wanita warga India,Vijayaletchmy,48, yang terjelus di Jalan Masjid India pada Jumaat lalu.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pasukan terbabit akan memasuki saluran kumbahan secara huluan atau upstream dari lubang kumbahan di Wisma Yakin malam ini.

“Selain itu, kerja-kerja shoring secara manual dan kerja penggalian telah dijalankan.

“Pasukan Unit Pengesan K9 juga sudah dibawa masuk bagi mengesan mangsa,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, DBKL memaklumkan, kerja-kerja Ground Penetrating Radar (GPR) oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) akan diteruskan esok.

Sejak Jumaat lalu, operasi SAR mengesan wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke lubang sedalam lapan meter masih diteruskan dan sehingga semalam, mangsa masih belum ditemui. – MalaysiaGazette