Harga RON97 dan diesel (Semenanjung Malaysia) turun lima sen.

KUALA LUMPUR- Harga runcit petrol RON97 dan diesel (semenanjung Malaysia) turun sebanyak lima sen seliter kepada masing-masing RM3.42 seliter dan RM3.18 seliter bagi tempoh 29 Ogos 2024 hingga 9 September 2024.

“Seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia, Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 5 sen kepada RM3.42 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.18 seliter bagi tempoh 29 Ogos 2024 hingga 4 September 2024.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit minyak dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.-MalaysiaGazette