Polis rampas 55 gram dadah jenis syabu dan dua senapang angin di Temerloh malam tadi.

KUANTAN – Seorang penganggur dicekup polis bersama 55 gram dadah jenis syabu dan dua senapang dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Baru Belenggu, Temerloh malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan, tangkapan dibuat pada pukul 11 malam hasil maklumat orang awam.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menemukan sebuah beg silang yang mengandung satu plastik besar lutsinar dan mendapati terdapat lapan plastik kecil lutsinar mengandungi masing-masing ketulan dan serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu bernilai RM6,500.

“Pihak polis turut merampas dua laras senapang angin buatan sendiri ketika serbuan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Mazlan berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki berusia 40 tahun itu positif dadah jenis Methamphetamin.

Manakala, semakan rekod pula mendapati suspek mempunyai satu kes lampau berkaitan dadah di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 15 (1) ADB 1952 dan Seksyen 6 Akta Senjata Api.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast