Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Operasi pencarian dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah jerlus di Jalan Masjid India yang memasuki hari keenam hari ini diiringi dengan suara burung gagak yang gegak gempita.

Suara burung-burung gagak bergema kuat di kawasan pencarian antara insiden pertama dengan lokasi tanah mendap kedua.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati bunyi gagak berkenaan mencuri perhatian petugas media dan pasukan penyelamat di lokasi insiden.

Perkara tersebut turut dikongsi oleh netizen yang menyaksikan sesi live Tik Tok MalaysiaGazette.

“Dengar suara gagak kuat, mungkin itu petunjuk.

“Gagak pun bersungguh bersama psukan oenyelamat dalam operasi mencari mangsa,” komen netizen.

Itu sebahagian komen yang ditinggalkan warga maya ketika tinjauan MalaysiaGazette di lokasi tanah mendap yang kedua, berdekatan Pondok Polis Masjid India sekitar jam 2.30 pagi tadi.

Sebagai langkah keselamatan, kawasan kejadian telah ditutup menggunakan tali keselamatan dan penghadang air (water barrier) pada jam 9.22 pagi tadi.

Pada 23 Ogos lalu, seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.

Operasi SAR hari ini bermula jam 8 pagi tadi oleh pasukan penyelamat dan agensi berkaitan.

Ketua Polis Negara Malaysia (KPN), Tan Sri Razarudin Husain turut hadir ke lokasi tanah jerlus kedua di Jalan Masjid India pada jam 11.20 pagi tadi.

Razarudin meluangkan masa hampir dua jam di lokasi mendapan dengan membuat tinjauan serta perbincangan bersama agensi terlibat.

Pada masa yang sama, kerja–kerja ground penetrating radar (GPR) oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bagi penilaian integriti tanah di laluan saluran kumbahan akan diteruskan dan dijangka selesai pada hari ini.

Kerja penilaian itu dilakukan bersama JKR melakukan teknik GPR bagi memeriksa stuktur tanah yang mendap di sekitar Jalan  Masjid India.

Difahamkan satu sidang media dijadualkan pukul 6 petang nanti berhubung kejadian berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. burung gagak antara burung yg sgt cerdik, jika Kita tidak menganiaya mrk, burung ini tahu menghormati Kita talk to them, bg mkn kemudian btau Lepas mkn nanti pergilah main jauh2 bila lapar boleh dtg SINI Dan kalau nak tidur Cari tmpt yg sesuai dimana manusia X ganggu! mrk faham! di persekitaran rumah saya mmg Ada bnyk gagak tapi mrk hanya dtg mkn Dan tidak tidur dipersekitaran perumahan!

Comments are closed.