KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat berjuang kepada semua 30 orang atlet Sukan Paralimpik Paris 2024.

“Selamat maju jaya saya ucapkan buat 30 orang atlet luar biasa yang mewakili Malaysia dalam acara sukan berprestij ini. Ingatlah, dalam setiap cabaran, ada peluang untuk mencipta sejarah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Ahmad Zahid, seluruh rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan mereka.

“Selamat berjuang, Kontinjen Malaysia!,” ujarnya. – MalaysiaGazette