KUALA LUMPUR – Pasukan penyelamat melakukan penggalian lebih luas di lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, malam ini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) warga India hilang pada Jumaat lalu.

Kerja penggalian dengan menggunakan jengkaut yang dilakukan pada jam 9.40 malam itu bagi memudahkan proses pencarian G. Vijaya Lakshmi yang berusia 48 tahun.

Selain itu, pasukan penyelamat menambah penghadang di sekeliling lokasi kejadian.

Terdahulu, pasukan SAR Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berusaha untuk mengalihkan halangan serpihan sepanjang 15 meter.

Halangan itu didapati menghalang aliran dalam paip pembentungan berhampiran Wisma Yakin.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, halangan itu telah dikesan pasukannya kira-kira 44 meter dari lokasi utama kejadian tanah jerlus selepas ujian aliran air menggunakan botiol pada hari pertama dan hari kedua kejadian yang berakhir di loji Indah Water Konsortium (IWK) di Pantai Dalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast